gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Islam Larang Kita Buka Aib Rumah Tangga, Lebih-Lebih Lagi Libatkan Hubungan Intim" - Ustaz Hadhari
VIRAL
“Cold Sores Bukan Sebab Telur Masam!” – Dr Say ‘Sound’ Pempengaruh Isu Herpes, Tegur Konten Mengaibkan
HIBURAN
Siap ‘Angkut’ Siti Nurhaliza Naik Pentas, Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti Beri Kenangan Manis Buat Peminat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ada ‘Cable Besar’ Bukan Jalan Mudah Anak Ahmad Idham Untuk Ceburi Bidang Lakonan - “Walaupun Dia Bapa Saya Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
24/06/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Ada ‘Cable Besar’ Bukan Jalan Mudah Anak Ahmad Idham Untuk Ceburi Bidang Lakonan - “Walaupun Dia Bapa Saya Tapi…”
Anak kepada pengarah, Dr Ahmad Idham iaitu Aydeel Idham berkongsi pesanan bapanya yang memintanya untuk menamatkan pengajian di peringkat universiti sebelum menceburi bidang seni.

Ilmu & pendidikan

Sudah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Seni Senimatik tahun lalu, Aydeel berkata, bapanya mahu dia menjadi seorang pelakon yang mempunyai ilmu dan tahap pendidikan tinggi.
"Papa pesan, kalau nak masuk industri perlu ada pelajaran, sekurang-kurangnya degree. Alhamdulillah, saya sudah tamatkan degree dalam bidang Bachelor of Cinematic Arts.

"Selepas tamat pengajian, barulah papa benarkan saya untuk ke depan dan mendalami lebih dalam bidang seni. Sejak usia lapan tahun, sudah minat dengan dunia seni.

“Tambahan lagi saya dibesarkan dalam keluarga yang terlibat dengan bidang seni. Setiap hari dan minggu, saya akan lihat set penggambaran,” katanya kepada Gempak.
Aydeel berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi barisan pelakon filem Impak Maksima 2, di APD Circuit, MARDI, Serdang, baru-baru ini.

Bukan tiket mudah

Biarpun sosok bapanya sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, namun itu bukan tiket mudah untuk Aydeel menempa nama.
Sebaliknya, Aydeel mahu bertatih sendiri dan bermula daripada bawah dengan melalui segala proses untuk bergelar pelakon.

"Walaupun ayah saya sudah dikenali, tetapi saya lebih suka bermula daripada bawah. Pada saya, itu bukanlah jalan pintas untuk saya terjun ke dalam industri ini.

"Saya masih lagi pergi menjalani ujibakat. Ayah saya juga menyarankan perkara yang sama supaya dapat kenal warna sebenar dalam industri,” ujarnya.

Pertama kali berlakon

Dalam pada itu, Aydeel turut berkongsi pengalaman pertama kali berlakon di bawah arahan bapanya sendiri menerusi filem Impak Maksima 2.
Jelas anak kedua daripada tiga adik beradik itu, tiada layanan istimewa diberikan meskipun dia mempunyai 'cable' besar.

"Ini merupakan kemunculan pertama saya dalam filem dan melakonkan naskhah arahan papa saya sendiri. Walaupun dia adalah bapa saya, layanannya terhadap kesemua pelakon tetap sama.

"Papa seorang yang tegas dan garang di set penggambaran. Tiada layanan istimewa walaupun saya anak dia. Saya juga faham kehendaknya dan semua itu untuk kebaikan dan proses pembelajaran,” katanya.
Selain Aydeel, Impak Maksima 2 yang bakal menemui penonton di pawagam pada 17 Julai depan turut dibintangi Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Arfie Shah, Nelissa Nizam dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Ahmad Idham
#Cable
#Bidang Seni
#Impak Maksima 2
#Anak Ahmad Idham
#Aydeel Idham
Must-Watch Video