Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi menegaskan jangan sesekali mencabar seorang wanita yang sedang mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Menurut Shermine atau lebih dikenali sebagai Ah Moi, ada yang menganggap tindakannya menularkan perbuatan curang bekas suaminya iaitu View Chin mungkin dianggap kurang sesuai namun tidak bagi dirinya.

“Mungkin kebanyakan lelaki rasa Ah Moi buat viral macam ni memang gila betu. Tapi janganlah mencabar seorang ibu demi anak-anak dia.

“Usahawan dan influencer yang popular di luar sekarang, jaga-jaga perangai korang eh. Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun tak ada, apa lagi,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Dalam perkembangan lain, View Chin dan juga wanita yang dikatakan penyondol rumah tangga mereka iaitu Mira masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan lain.

Kali terakhir kenyataan mereka ada memohon maaf atas kontroversi berkenaan.

BACA: “Rumah Kosong, Seller Mahu Duit Dipulangkan” - View Chin Mohon Maaf, Akui Isu Curang Buat Perniagaan Terjejas

BACA: “Hubungan Mula Lepas Mereka Bercerai” - Mira Mohon Maaf Pada Ah Moi, Perjelas Hubungan Dengan View Chin


Terdahulu, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri iaitu wanita bernama Mira.

Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya

Ah Moi juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin atas tuduhan curang yang dilemparkan kepadanya.