Ada Grille Tapi Tak Ada Pintu, Netizen Samakan Rumah ‘Unik’ Ini Dengan Penjara - “Ingat Penjara Kayangan Tadi…”

Muhammad Firdaus
Mac 2, 2024 03:55 MYT

“Tak ada pintu, tak ada apa, grille je,” itulah luahan seorang lelaki selepas melihat sebuah unit rumah di mana bahagian belakangnya dilengkapi dengan hanya pintu pagar besi.

Menerusi muat naik di Platform X, video berdurasi tujuh saat itu mencetuskan tanda tanya ramai pihak berkaitan reka bentuk rumah tersebut yang dianggap pelik.

Pelik pelik ye architect punya design skarang. Ini basic unit by developer ya pic.twitter.com/r2aIaycQkG

— ?mustakim ismail ? (@mustakim_ismail) March 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Pelik-pelik ye arkitek punya design sekarang. Ini basic unit oleh pemaju ya,” tulis seorang warganet.
Sementara itu, ada juga yang menyamakan unit berkenaan dengan penjara kerana reka bentuk uniknya.
“Dah macam penjara Taiping,”
“Ingat penjara kayangan tadi, lain macam design pun,”
“Penjara loan 30 tahun ke tu?”
“Penjara T20.”

BERITA TRENDING: "Rumah Mahal, Kualiti Reban Ayam" - Warganet Mengeluh Pemaju Perumahan Macam Lintah Darat!

Dalam pada itu, ada segelintir yang menyatakan bahawa reka bentuk itu adalah untuk memudahkan pembeli melakukan pengubahsuaian rumah mengikut citarasa masing-masing.
“Kelebihannya, pembeli ada kebebasan untuk ubah suai atau custom design pintu sendiri dan ruang masuk depan pintu tu boleh digunakan untuk ruang peribadi,”
“Sebenarnya, sekarang lebih baik jual rumah tanpa pintu hadapan dan kemasan bahagian lantai. Ini sebab pembeli boleh ikut citarasa masing-masing ikut perancangan mereka.”
Sekadar info, tiada maklumat tentang lokasi di mana rumah itu dijual.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu ditonton lebih dari 200,000 netizen dan meraih hampir 600 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
#Viral #Netizen #Rumah #Pelik #Pintu