“Ada Hikmah Juga Apa Budak Flat Tu Buat” - Isu Palestin, Michael Ang Perasan Ramai Influencer & Selebriti Mula Kongsi
Mya Amri
21/10/2023 03:55 MYT
21/10/2023 03:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang berpendapat terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku terhadap seorang pempengaruh TikTok yang teruk dikecam netizen gara-gara tidak berkongsi mengenai isu Palestin.
Michael menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menyatakan disebabkan isu itulah menyebabkan semakin ramai pempengaruh dan selebriti mula berkongsi tentang perkembangan negara yang sedang bergolak itu.
“Baru habis shooting dan baru main TikTok. Anda semua perasan tak tiba-tiba artis dan pempengaruh mula post pasal Palestin.
“Rasanya ada hikmah juga apa budak flat tu buat !Korban kan diri gitu agar yang lain sedar,” tulisnya.
Bagaimanapun dalam hantaran yang sama, Michael turut menasihatkan mereka supaya tidak perlu terlalu melebih-lebih dalam membuat konten kerana dikhuatiri kandungan yang dikongsi itu nampak seperti dibuat-buat.
“Tapi satu sahajalah, masa nak buat content janganlah menangis dan buat muka sedih. Sebab ia boleh menampakkan seperti palsu dan dibuat-buat.
“Sila belajar dan ambil kursus lakonan dari kak Ogy lagi ya, baru real!” coretnya.
BACA: Isu Palestin, Syamimia Hilang Ratusan Ribu Pengikut di TikTok - “Sebagai Pengajaran Untuk Masa Depan”
Terdahulu, sejak dikecam hebat oleh netizen gara-gara enggan berkongsi kesedaran mengenai Palestin di media sosial, akaun TikTok pempengaruh Syamimia kini semakin berkurang.
Sebelum ini, Syamimia yang terkenal dengan kandungan mengenai rumahnya dan masakan itu mempunyai 1.1 juta pengikut namun selepas isu itu, kini akaun TikTok miliknya berkurangan.
Syamimia bagaimanapun menerusi siaran langsung pada malam Isnin memohon maaf secara terbuka atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tergores hati.