Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ada Individu Nak Boikot Konsert Cakra Khan Di KL, Ini Reaksi Tuan Badan!

Gempak
02/11/2023 00:55 MYT
Awal minggu ini, penyanyi asal Indonesia, Cakra Khan mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan bagi mengadakan sebuah lagi konsert khas untuk peminat.

Menerusi konsert yang diberi judul Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 itu, penonton bakal dihiburkan dengan persembahan penyanyi bersuara garau itu sambil diiringi kumpulan orkestra pimpinan maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Mahu berkongsi khabar gembira dan rasa teruja dengan peminat, Cakra menerusi platform X memuat naik poster yang membutirkan informasi mengenai konsert berkenaan seperti lokasi, harga tiket dan juga plan pentas berserta tempat duduk.

Namun, harapannya berkongsi khabar gembira itu sedikit ‘terganggu’ apabila seorang pengguna platform berkenaan menulis hantaran yang berbaur negatif.



“Boikot je lah. Tibah,” tulisnya sambil disertakan tanda pagar #stoprecyclesingerconcert yang membawa maksud hentikan kitar semula konsert dan penyanyi.

Sungguhpun menerima komen sedemikian, Cakra tidak melenting, malah menjawab kenyataan tersebut dengan sopan.

“Kenapa kejam sangat, saya hanya mahu menghiburkan orang,” katanya sambil meletakkan emoji senyum.

Melihat pada balasan itu, ramai dalam kalangan peminatnya membalas hantaran tersebut dengan kata-kata yang lebih positif, penuh semangat.



Konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 bakal diadakan di Dewan Plenary, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.

BERITA TRENDING: Simon Cowell Suka Suara Cakra Khan, Tapi Hentikan Nyanyiannya Di AGT​


#Cakra Khan