Laman Utama
Simon Cowell Suka Suara Cakra Khan, Tapi Hentikan Nyanyiannya Di AGT
Seperti diketahui umum, ada dua peserta dari Indonesia yang menyertai uji bakat program America's Got Talent 2023.
Peserta pertama adalah Putri Ariani, gadis cacat penglihatan yang telah menawan dunia hiburan selepas mendapat Golden Buzzer daripada salah satu juri utama, Simon Cowell.
Pada siaran YouTube program AGT, 19 Julai 2023 pula menyaksikan peserta kedua dari republik tersebut iaitu tak lain tak bukan penyanyi terkenal Cakra Khan.
Menerusi video tersebut, penampilan Cakra Khan pula telah menarik minat Cowell.
Malah Cowell mengaku menyukai suara penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Bayangan tersebut.
Namun, Cowell mempunyai cara unik untuk menyampaikan suaranya itu sehingga diprotes penonton.
Hal itu lantaran Cowell menghentikan persembahan Cakra Khah saat dia membawa lagu Make It Rain, milik Foy Vance pada 2009, kemudian diulang rakam oleh Ed Sheeran pada 2014.
Cowell telah mengangkat tangan dan menghentikan nyanyian Cakra Khan.
Dia kemudian berkata: “Sangat suka suaramu, tetapi saya tidak suka lagu itu," katanya seperti dilaporkan Kompas.
Juri yang terkenal dengan sikap cerewetnya itu kemudian meminta Cakra Khan menukar lagu sebelum penyanyi itu memilih lagu No Women No Cry milik Bob Marley.
“Saya besar dengan lagu-lagu Bob Marley. Mendiang ayah saya memutar lagu ini sebelum saya ke sekolah," tutur Cakra Khan,” kata Cakra Khan.
Ternyata persembahan tersebut disukai oleh empat juri dan penonton.
Cakra Khan ‘memenangkan’ standing ovation sebelum menerima tanda YES sebagai lambang dirinya layak ke babak seterusnya.
Must-Watch Video