,
Hiburan

"Ada Kata Saya Tak Boleh Pergi Jauh" - Yunadia Cipta Lagu Sendiri, Alicia Keys & Beyonce Jadi Inspirasi!

Amri Hassan
10/08/2024
15:55 MYT
Syazreen Yunadia (23) atau lebih mesra dipanggil sebagai Yunadia merupakan anak kelahiran Perak berkacukan melayu, cina dan india. Mula dikenali ramai selepas melibatkan dirinya di dalam rancangan realiti TV Sarawak (Getaran Jiwa TVS).
Keunikan namanya digabungkan dari perkataan melaYU, ciNA, dan inDIA. Mula berkecimpung di dalam bidang nyanyian semenjak umur 10 tahun lagi.
Lagu Patah ini ditulis dari hati, niat untuk menyampaikan pada insan-insan yang telah merendahkan bakat & mematahkan semangat insan lain dengan kata-kata mereka dan ia dicipta sebagai pembakar semangat buat jiwa-jiwa yang sering diperkecilkan.
“Lagu ini sebagai pembakar semangat buat diri Yunadia. Setiap bait-bait lirik amat bermakna kerana kita perlu sedar yang dalam hidup ini akan ada yang menanti untuk melihat kita jatuh, maka dengan lirik ini, harapnya serba sedikit dapat menguatkan semangat pendengar” ujarnya.

4,000 jadi 130,000

Yunadia mengungkapkan lagu Patah ini sangat dekat dengan dirinya sejak beliau mula menceburi bidang nyanyian.
"Ada yang mengatakan saya tidak boleh pergi jauh, menyekat potensi saya dan sebagainya. Saya sedar, saya merupakan insan yang kecil yang tidak punya apa-apa kecuali harapan untuk menjadi seorang penyanyi. Namun, kata-kata negatif ini akan saya endahkan dengan menghasilkan lagu ini sebagai satu suntikan atau pembakar semangat buat diri Yun.
“Lagu ini saya khaskan buat semua jiwa-jiwa yang indah di luar sana, akan tetapi jiwa mereka telah dirobek dan dicemar oleh sang pemusnah bahagia. Mudah kata, untuk mereka yang sering dijatuhkan oleh orang lain.
“Perkembangan buat diri saya sebagai seorang penyanyi, Alhamdulillah getting better, i used to have 4K followers on tiktok but since saya active buat content, live i got almost 130K followers in just a few months. Whatever it is, kita kena sentiasa berani untuk get out of comfort zone, consistency and just WING IT Y’ALLLLLL," tambahnya.

Rujukan Beyonce

Menurut Yunadia, artis rujukannya ialah Beyonce & Alicia Keys (R&B).

BERITA TRENDING: Alicia Keys Garap Dokumenter Perlakuan Rasialisme Selebriti Kulit Hitam

BERITA TRENDING: Alicia Keys Sekali Lagi Bergelar Hos Anugerah Grammy

BERITA TRENDING: Impian Jadi Kenyataan! Nelydia Senrose Menangis Tonton Konsert Beyonce Di London - “Lagu Jiwa Remaja Saya Masa Umur…”

BERITA TRENDING: Grammy Awards 2023: Menang Record of The Year, Lizzo Dedah Cabut Sekolah Untuk Tonton Beyonce

"Saya cuba menceburi dan memberi nafas baru selain daripada lagu-lagu saya yang sebelum ini berentak Cha Cha dan juga Pop Irama. Saya cuba untuk menjadikan satu experimental dalam dunia muzik kerana pendengar kita datang dari pelbagai background. Saya akan serve people with lots of genres and saya nak buktikan pada semua yang I'm capable of carrying different genres.
“Komposer lagu ini ialah saya sendiri dan saya telah bekerjasama dengan producer terbaik kami iaitu Amsyar Razqa dan Emeer Bakri. Mereka sangat membantu dari segi idea dan semangat untuk terus mencuba menulis dan menyiapkan karya baru saya ini. Ini merupakan lagu pertama yang saya tulis untuk dihidangkan kepada semua di arena muzik Malaysia.
“Lagu ini dihasilkan pada 15 Ogos 2022, saya tidak yakin pada mulanya untuk release sebab saya rasa diri saya masih hijau dalam industri ini. Rasa sangat kecil diri ini, 2 tahun tersimpan dalam song bank.
“Yun berpuas hati with the quality of the production team. Semua cooperates well. Mudah bekerjasama dengan team, dapat exchange ideas easily. Shooting kali ini is like something new to me sebab previous MVs semua dalam studio. First time shooting outdoors. Dapat feels nature vibes and I can feel the song very close to me. All in all, pengalaman yang seronok bersama director MV Meamth dan team Armani Entertainment," ujarnya.
Lagu Patah dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
10/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.