Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Ada Ke Adik-Beradik Yang Suka Cakap Belakang?”- Anzalna Nasir

Syafiqah Jalal 05/08/2019 | 09:59 MYT
Pelakon Anzalna Nasir akui bersykur kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa membuatnya bahagia serta memberi sokongan kepadanya.
Menurut Anzalna, kunci kepada kebahagiaan dia bersama keluarga dan adik beradiknya adalah mereka tidak pernah bercakap dibelakangnya.
“Sambut hari jadi Ayah semalam. Keluarga saya adalah kehidupan saya.
“Mereka sentiasa memberi sokongan serta membuatkan saya gembira. Apa yang paling penting mereka tidak akan bercakap di belakang saya.
“Ada ke adik-beradik yang suka cakap belakang? Kita bagi penumbuk kalau ada!” tulis Anzalna.
Anzalna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik beberapa keeping fotonya bersama keluarga besarnya ketika sambutan hari jadi bapanya.
Pun begitu, entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berkongsi pengalaman apabila mempunyai adik-beradik yang suka bercakap di belakangnya.
“Ade saja sibling begitu.. depan baik belakang talam,” respon pengikutnya
“Ada, syukur Anzalna punya keluarga yang saling sayang menyayang, ada keluarga yang saling dengki mendengki,” balas pengikutnya.
Malah ramai juga yang turut memuji keluarga besar Anzalna yang dilihat sentiasa bahagia.
“Suka tengok your family... Bila berkumpul ramai punyalah meriah...” puji peminatnya
“Bestnya family macam ni,” komen pengikutnya.
Anzalna Nasir mempunyai lima adik beradik termasuknya dan kesemuanya perempuan. Dua adik beradiknya iaitu Afifah Nasir dan Mia Nasir mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.
Sementara akaknya Diana Nasir turut dikenali ramai kerana mempunyai anak kembar yang comel dan popular. Anzalna mempunyai seorang lagi adik bongsu Nazirah Nasir.
Anzalna kini ibu kepada seorang cahaya mata Mohamad Eidrees, 2 bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Celebrated dad’s birthday last night. My family is my life. They always support me, make me happy and most importantly they never talk behind my back. Ada ke adik-beradik yang suka cakap belakang? Kita bagi ?? kalau ada! Hahahahahhahhaha Swipe left

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

#pelakon #Anzalna Nasir #Pelakon #Anzalna #Keluarga #Adik -Beradik
;