"Ada Keluarga Pergi Jalan-Jalan Tak Pakai Pelitup Muka" - Nadia Aqilah Mohon Fikir 'Frontliners' Yang Penat Bekerja

Zulaikha Yusof
Januari 11, 2021 08:55 MYT
Pelakon Nadia Aqilah, 36, berkongsi pengalamannya melihat individu yang masih mengabaikan tanggungjawab dengan tidak mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.
Menurut Nadia, dia melihat rombongan sebuah keluarga sedang berjalan-jalan di Melaka tanpa memakai pelitup muka.
Tambahnya, dalam kalangan ahli keluarga tersebut mempunyai nenek dan bayi yang tergolong dalam golongan berisiko dijangkiti Covid-19.
"Omg saya nampak ada sebuah keluarga besar pergi jalan-jalan masa saya tengah penggambaran di Melaka tak pakai pelitup muka.
"Ada nenek dan bayi omg guys. Please don't be ignorant ok," tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Aqilah Bajuri ini memohon agar semua orang berada di rumah sekiranya tidak mempunyai keperluan di luar.
"Mari bersantai di rumah sebentar. Tolonglah mereka yang memerlukan. Pastikan diri kita sentiasa updated. Periksa orang yang kita sayangi.
"Fikirlah barisan hadapan (frontliners) kita yang kepenatan. Kita boleh lakukan. Paling penting jaga SOP," tulisnya lagi.
Hari ini, satu pengumuman khas akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi semasa keadaan Covid-19 di negara.
BACA: COVID-19; Kes Masih Empat Angka, Abah Muhyiddin Bakal Umum 'Sesuatu' Isnin Ini
Instagram: @missnadiaaqilah
#pelakon #Nadia Aqilah #COVID-19 #SOP