Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

Amri Hassan
04/07/2024 21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.

BERITA TRENDING: Content “Rempit” Views Melangit Tinggi, Marketing Untuk Andyoso, Ammor & Teah? | Motif Trending

Kata Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, tawaran itu diterima menerusi direct message di Instagram.

"Pernah ada satu kejadian saya terima mesej daripada seorang individu yang menawarkan sejumlah wang sekiranya saya sudi teman dia keluar lepak dan minum. Dia mesej saya di IG.

"Saya sangat merahsiakan di mana saya tinggal, tetapi ada satu hari itu saya tercakap di mana saya duduk. Kemudian orang itu DM kata dia tahu tempat tinggal saya, ajak jumpa di satu tempat.

"Orang itu adalah lelaki. Dia tawarkan RM10,000 sebagai upah kalau sudi keluar dengan dia," katanya.

BERITA TRENDING: "Takkan Nak Pakai Duit Haram Pula" - Scha Elinnea Tak Dibela Siapa-Siapa, Beli Kereta Mewah Guna Duit Simpanan Dari Umur 15 Tahun!

Bagaimanapun, bagi mengelakkan hal lebih sulit, Andyoso memilih untuk menyekat komunikasi dengan individu berkenaan.

"Saya baca sahaja, tetapi tidak layan pun mesej itu. Saya rasa itu macam akaun palsu macam tidak, yang pasti dia lelaki. Kemudian saya sekat akaun tersebut.

"Saya juga sudah maklumkan hal itu kepada label muzik saya. Apa pun saya anggap perkara sebegini adalah sebahagian daripada kerja sebagai public figure," tambahnya.

Pendamping Hidupku

Dalam perkembangan terbaharu, Andyoso tampil dengan single kedua berjudul Pendamping Hidupku hasil ciptaannya bersama komposer dan penulis lirik daripada Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.

"Pendamping Hidupku berkisarkan seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.

"Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.

"Walaupun genre balada masih agak baharu untuk saya, tapi saya tidak duduk diam saja sebaliknya saya mengambil kelas vokal untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan sempurna.

"Alhamdulillah penerimaan setakat ini positif dan muzik video lagu ini meraih lebih 140,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan," tambahnya.


Danial Kifli lancar lagu Musnah

Bernaung di bawah syarikat rakaman sama, Awal Muzik Entertainment, penyanyi muda Danial Kifli turut tampil dengan single baharu berjudul Musnah, selepas kejayaan single terdahulu berjudul Pergilah Cinta yang meraih 11 juta tontonan di YouTube.

BERITA TRENDING: #GMWA2023: Danial Kifli Akur Tewas, Bakal Lancarkan Pergilah Cinta Versi Jawa Buat Peminat Indonesia!

"Jujurnya saya takut untuk melancarkan single ini kerana Pergilah Cinta berada pada satu tahap yang tinggi dan penerimaannya sangat luar biasa, jadi saya agak gementar untuk melihat maklum balas pendengar untuk single Musnah.

"Tapi Alhamdulillah sebaik muzik video Musnah dilancarkan di YouTube pada 21 Jun lalu, lagu ini terus trending dan kini berada di tangga ke-15.

"Malah jumlah tontonan untuk single ini juga mencatatkan peningkatan yang ketara. Kalau sebelum ini menerusi single Pergilah Cinta jumlah tontonan sekitar 15,000 sehari, tapi Musnah mencecah 25,000 tontonan sehari," tambahnya.

BERITA TRENDING: GMWA2023: Danial Kifli Berdebar Bersaing Dengan Aina Abdul - "Kalah Atau Menang Saya Dah ..."


#Penyanyi #Viral #Lelaki #Teman #DM #Danial Kifli #Andyoso #Pendamping Hidupku
;