"Ada Manusia Yang Tidak Senang & Goyang Kalau Kami Berbaik" - Rita Rudaini

Kamaruddin Razal
Disember 4, 2018 21:01 MYT
Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan ada pihak yang tidak senang jika dia berbaik dengan bekas suami, pemain bola sepak terkenal Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik Rita, pelakon filem Mendam Berahi itu memuat naik foto lama Aidil bersama dua orang anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.
"Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik... Walaupun demi anak-anak... Gigihlah cuba nak lagakan kami.
"Anak-anak kami jadi mangsa... KEJI dan JIJIK... AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik... Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy 'Bergabung Meletop'?
"Rancanglah macam mana pun... Buatlah macam mana pun... Biar pun beribu tahun... Sistur ok ja... Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada daddy RyanJuna," tulis Rita.\
Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.
"Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.
"Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak," katanya.
Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 42, bernikah dengan Aidil di Thailand pada 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.
Selepas itu, Aidil, 31, mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Rita
#pelakon #Rita Rudaini #Pelakon