Isteri pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang dikenali sebagai Ain Afini mendedahkan suaminya antara yang berada disampingnya dalam mencari rezeki selama mereka bersama lima tahun.

Tidak dinafikan, Ain memberitahu ada masa mereka bergaduh dan bercanggah pendapat, namun akhirnya dia akui suaminya tetap melengkapi hidupnya.

“Tulang belakang 5 tahun. Di antara masa akan ada yang digaduhkan dan bercanggah pendapat. Tapi akhirnya tetap dia yang dicari @abuadamofficial_.

“Throwback moment mencari rezeki bersama. Susah, berkira-kira tapi tetap tak berhenti usaha,” luahnya.

Aina yang kini hamil anak ketiga berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini itu, Aina turut memuat naik momen saat mereka bersama-sama menghantar tempahan makanan yang mereka buat bersama.

Dalam masa yang sama Aina turut berkongsi pendapatnya secara am tentang definisi kejayaan hidup seseorang dan ia bukanlah satu pertandingan.

“Kesilapan paling besar seseorang adalah merasakan hidup ini satu pertandingan.Sedangkan kejayaan paling bermakna pula apabila kita menikmati perjalanan yang Allah dah tulis untuk kita. Bagaimana kita pandang sesuatu menentukan segalanya..

“Kebahagiaan atau kejayaan yang kita lihat pada orang lain adalah ujian untuknya, kekurangan yang kita rasa ada pada hidup kita juga adalah ujian untuk diri kita..Yang sebenarnya kita perlu embrace the journey, have faith in whatever that has been written for you.

“Jalan kita mungkin tidak mudah tetapi pastikan matlamat kita semakin jelas, hanya untuk mendapatkan bahagia yang kekal abadi mengikut apa yang Dia reda,” katanya.

Terdahulu kecoh isu perceraian PU Abu dengan isteri keduanya, Hana Azra selepas Wanita itu mendakwa diganggu pendakwah bebas itu.

Namun PU Abu sehingga kini dia tidak dapat menjelaskan status mereka kerana masih dalam proses mahkamah.