gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Selagi Tulang Tak Patah Saya Okay” - Qasrina Karim
HIBURAN
Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan
BERITA
Bangkai Anak Gajah Telah Ditanam Di Lokasi 'Rahsia'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan

gempak
Gempak
12/05/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menjanjikan persembahan memukau, khas buat peminat muzik tradisional tempatan, menerusi konsert Simfoni Budaya II yang dijadualkan pada 5 Julai depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, MPO berkata konsert itu merupakan lanjutan kejayaan konsert Simfoni Budaya I tahun lepas yang mengangkat irama keroncong dan ghazal ke peringkat lebih tinggi melalui gubahan orkestra menampilkan Datuk Yusni Hamid, Asmidar dan Haziq Rosebi.

Konsert Simfoni Budaya II bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose dan menyaksikan rangkuman tradisi dan muzik yang harmoni dalam satu keraian budaya yang gemilang.

"Nikmati keindahan irama joget, asli and zapin bergabung dengan keunggulan muzik MPO melalui karya malar segar seperti Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Mas Merah, Fatwa Pujangga, Nirmala, Tudung Periuk, Simfoni Bunga Tanjung, Joget Burung Merpati, Makan Sireh, Joget Wan Lebor dan Mak Inang Kayangan," menurut kenyataan itu.

Kesemua lagu tersebut bakal digubah untuk persembahan orkestra oleh Luqman Aziz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman, Teuku Umar dan Shahakam Mokhtar.

Konsert itu akan dibarisi gabungan artis-artis veteran dan generasi baharu termasuk bintang legenda Datuk Andre Goh yang telah mempersonakan negara dengan kebolehan menyanyikan lagu Melayu asli dalam pertandingan Bakat TV 1972.

"Beliau telah membuat persembahan di serata istana negeri dan negara-negara Asia. Jasa bakti beliau selama lima dekad melayakkan beliau dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka pada 2011 yang membawa gelaran Datuk.

"Konsert ini merupakan penampilan kedua beliau di pentas DFP selepas konsert Malam Melayu Klasik bersama-sama dengan Badan Yayasan Warisan Johor pada 2013," menurut kenyataan itu.

Tiket berharga RM179 hingga RM449 boleh dibeli melalui tempahan telefon di 03-23317007, e-mel [email protected] atau laman web MPO di www.mpo.com.my.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Filharmonik Petronas
#Orkestra Filharmonik Malaysia
#Simfoni Budaya II
Must-Watch Video