Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Ada Masa Saya Masih Alami…”- Scha Elinnea Kongsi Perkembangan Masalah Mental

Syafiqah Jalal
13/05/2022 05:37 MYT
Pelakon baru Scha Elinnea bersyukur kerana kesihatan mentalnya yang sebelum ini dilaporkan menghidap skizofrenia dan insomnia berada dalam keadaan terkawal.

Pun begitu Scha berkata dia tetap perlu bergantung lagi dengan pengambilan ubat-ubatan.

"Tahap kesihatan mental saya sekarang dalam keadaan baik walaupun masih bergantung dengan ubat-ubatan.

“Malah, saya juga sudah tidak perlu berjumpa pakar psikiatri setiap minggu sebagaimana sebelum ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Scha berkongsi perkara berkenaan ketika sesi sidang media virtual Drama Kerana Aku Isteri Bidaan semalam.

Bagaimana pun Scha tak menafikan dia masih mengalami masalah mental dalam tahap sederhana namun ia tidak mengganggunya ketika menjalani penggambaran.

“Tak dinafikan ada masa saya masih alami mental breakdown tapi tak teruk. Malah ia tidak mengganggu kerja-kerja saya di lokasi penggambaran.

"Saya bersyukur dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik sekarang. Apatah lagi, sesi rawatan dengan pakar masih dilakukan. Apa yang pasti semuanya dalam keadaan terkawal," katanya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen mendedahkan dia berhadapan masalah gangguan mental yang berpunca disebabkan kemurungan teruk dialaminya.

Menurut Scha, dia juga sudah lama sebenarnya berdepan masalah itu dan keadaan semakin teruk semasa penularan Covid-19 yang membuatkan dia banyak berfikir bukan-bukan.

#pelakon #Sakit #Scha Elinnea #Penyakit #Mental
;