Berita

“Ada Mulut-Mulut Mengatakan Aku Bodoh Sebab…”- Sebak! Disahkan Positif Covid-19, Frontliner Ibu Kepada 5 Anak Ini Reda

Syafiqah Jalal
20/10/2020
07:50 MYT
Bukan mudah untuk petugas barisan hadapan atau frontliner meninggalkan anak dan keluarga demi merawat dan memerangi virus Covid-19.
Itulah yang dihadapi oleh seorang petugas kesihatan, Siti Nurjannah Abu Bakar yang dipertanggungjawabkan untuk bertugas secara mobilisasi di Sabah.
Menerusi perkongsian Nurjannah di laman Facebook, dia memberitahu perlu bersedia untuk berkorban tenaga dan masa demi berbakti kepada negara.
“Meninggalkan lima orang anak dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah. Mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok.
“Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku bodoh sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai red zone, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak faham maksudnya.
“Tapi aku tak kisah, bagi aku tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang.
“Ya la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak. Jadi ini saja la bakti aku pada negara iaitu melawan musuh yang tak nampak di mata.
“Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis. Sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak-anak,” katanya.
Lebih sayu lagi, apabila Nurjannah mendapat tahu dia kini disahkan positif Covid-19 selepas 18 hari berada di bumi Sabah.
“Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah, aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi yang aku takuti, terjadi jua.
“Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.
“Namun menyesal tidak sekali kerana aku tahu perancangan Allah lebih baik. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku.
“Aku berdoa agar cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku. Terima kasih pada keluarga, rakan, orang atasan yang telefon dan mesej memberi kata-kata semangat pada aku sungguh sangat bererti doa kalian pada aku,” luahnya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberi kata semangat serta mendoakan agar dia cepat sembuh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.