Penyanyi Adibah Noor terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebenar ketika bergelar guru di sebuah sekolah ketika berusia awal 20-an.

Dedah Adibah, situasi pelajar perempuan berperangai gangster dan bersikap biadap terhadap warga pendidik memang wujud.

"Saya pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah. Ada murid perempuan yang memang gangster habis kat sekolah.

"Parents diminta datang, diherdik habis cikgu tu. Mak bapak pun gangster rupa-rupanya tak percaya anaknya bermasalah disiplin.

"Berundinglah secara berhemah ok gais?" luahnya menerusi sebuah entri di akaun Twitter peribadinya hari ini.

Terdahulu tular rakaman sepotong video apabila seorang ibu kepada pelajar perempuan mengamuk apabila anaknya dirotan oleh seorang guru lelaki gara-gara memanggilnya 'pondan'.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi ramai dan meluahkan kekesalan terhadap insiden yang berlaku itu.