"Ada Orang Panggil Saya Zara Zya... Saya Tak Respon, Dia Ingat Saya Sombong”- Izara Aishah

Kamaruddin Razal
Januari 18, 2018 12:13 MYT
Pelakon Izara Aishah berkongsi satu insiden lucu mengenai seorang peminat yang tersilap memanggilnya dengan nama aktres Zara Zya.
Izara bercerita mengenai kejadian tersebut menerusi laman Twitter miliknya, @IzaraAishah.
"Ada orang panggil saya Zara Zya semalam. Dia hampir memikirkan yang saya seorang yang sombong kerana saya tak memberikan sebarang respon.
"Selepas itu, saya nampak dia pandang saya sambil buat muka benci. Okaylah, Zara Zya pun bolehlah. Jomlah bergambar," tulis Izara.
Entri yantg dimuat naik di laman Twitter Izara itu mendapat lebih 500 'retweets' dan lebih 1300 'likes'.
Rata-rata peminat Izara 'terhibur' dengan insiden yang terjadi kepada aktres itu.
Ada juga netizen yang memuji kebaikan hati Izara kerana tetap mahu bergambar bersama peminat tersebut biarpun tersalah panggil nama.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#pelakon #Zara Zya #Pelakon #Izara Aishah