Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Ada Pembantu Memang Memudahkan, Tetapi Tak Akan Sama Kalau Jaga Anak Sendiri" - Nina Iskandar

ZULHILMI JALIL 10/03/2020 | 09:54 MYT
Pelakon Nina Iskandar mengakui adakalanya dia tidak menang tangan untuk menguruskan anaknya seorang diri, lebih-lebih lagi sewaktu ketiadaan suaminya.
Ini kerana, menurut Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 29, anaknya, Muhammad Aaryan Ar-Rizqin kini sedang melalui fasa enggan berenggang.
"Anak saya menjadi seorang yang sangat clingy sejak akhir-akhir ini. Sangat manja.
"Apabila suami saya tiada di sisi, ia lebih menyukarkan. Namun, bukanlah bermaksud saya ini lemah dan tak boleh lakukan sendirian.
"Cuma, saya dan suami selalu bersama-sama untuk menguruskan anak, sebab itu anak rapat dengan suami dan saya," kongsinya menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.
Menurut Nina lagi, dia mengakui ada ibu bapa yang memilih untuk menggunakan khidmat pembantu rumah dalam menguruskan anak.
Namun, katanya, baginya, dia lebih selesa menguruskan sendiri dan berasa lebih puas melihat anak membesar di depan mata.
"Memang ada pembantu memudahkan urusan harian, tetapi ia tidak akan sama (kalau jaga anak sendiri). Bahkan, ia tidak akan pernah sama dari segi kepercayaan, kasih sayang, dan ikatan hubungan dengan anak.
"Tiada seroang pun yang akan faham anak anda melainkan diri anda sendiri," katanya.
Nina berkahwin dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 38, pada April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung Muhammad Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia tiga bulan.
BACA: "Sepatutnya 2020" - Nina Iskandar Selamat Bersalin Anak Sulung
Saksikan lakonan Nina yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#pelakon #Pelakon #Nina Iskandar #Muhammad Aaryan Ar-Rizqin
;