HIBURAN
Ada Perancangan Ke Arah Perkahwinan, Syed Saddiq Harap Kehidupan Peribadi Dihormati - “Memang Ada Niat Tapi…”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia sememangnya mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Kehidupan peribadi kekal peribadi
Ketika ditanya dalam sesi temu bual di Sinar, Saddiq bagaimanpun berkata dia mahu proses ke arah itu dilakukan secara privasi dan dihormati.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Mohon Waktu Berehat Bersama Keluarga Selepas Dilepaskan Atas Empat Pertuduhan - “Lima Tahun Difitnah, Diuji, Dihina…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa Ada Di Sisi, Syed Saddiq Terhutang Budi Dengan Bella Astillah - “Minta Maaf La Saya Tak Bawa Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Saja Peminat BASS, Fasha Sandha Pun Syukur Syed Saddiq Bebas Pertuduhan - “Baru Cakap Fasal Benda Ini Dengan Bella Astillah Masa…”
“Tipulah kalau saya nak kekal bujang selama-lamanya. Memang ada niat perancangan dan perjalanan ke situ (kahwin.
“Tetapi dalam proses ingin membina rumah tangga sendiri, memang ada pasangan, keluarga, privasi yang perlu dihormati.
“Dalam proses-proses tersebut, biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi sampai sudah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua,” katanya.
Proses dihormati
Terbuka untuk berkongsi apa saja melibatkan politik, namun Saddiq memilih untuk ‘menyimpan’ kisah peribadinya terutama berkaitan keluarga dan orang lain.
“Perkara poiitik saya sentiasa terbuka tapi bila melibatkan bukan setakat saya tetapi orang lain, keluarga, lebih baik proses tersebut dihormati,” ujarnya.
Rata-rata netizen memuji dan setuju dengan kenyataan Syed Saddiq yang lebih berhati-hati dalam menjawab soal peribadi.
Hubungan Saddiq dengan pelakon dan penyanyI Bella Astillah sememangnya menjadi bualan hangat netizen terutama peminat mereka yang bergelar BASS.
@detec_cctv_of_bass proses..? Hormat privacy 🔥🫰🏻😍🥰💪🏻 Terbaik YB 😍#fenomenabass #syedsaddiq #bellaastilah #foryoupage❤️❤️ #fyyypppppppppp #beranikeranabenar💪 ♬ bunyi asal - FeNoMeNa_'BA'SS'🕵️🙈
Must-Watch Video