HIBURAN
Bukan Saja Peminat BASS, Fasha Sandha Pun Syukur Syed Saddiq Bebas Pertuduhan - “Baru Cakap Fasal Benda Ini Dengan Bella Astillah Masa…”
Berita mengenai YB Syed Saddiq yang dibebaskan dan dilepaskan daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) memberi kegembiraan kepada peminatnya terutama BASS.
Luah rasa syukur
Bukan sahaja peminat BASS, malah berita tersebut juga mendapat perhatian rakan selebriti antaranya pelakon Fasha Sandha yang turut meluahkan rasa syukur.
Menerusi perkongsian pelakon drama Dzikir di Instastory miliknya, Allah telah memakbulkan doa penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan peminat mereka.
“Baru cakap fasal perkara ini dengan Bella Astillah masa konsert Rossa hari itu. Doa orang baik-baik dan doa peminat Bella dimakbulkan.
“Syukur dan tahniah buat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah,” kongsi Fasha.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Menangis Gembira Syed Saddiq Dibebaskan - “Dia Jujur, Berani, Ikhlas, Sebab Itulah…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, Dah Boleh Kahwin!” – Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Peminat Terus Doa ‘Wedding Of The Year’ Dengan Bella Astillah
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan bagaimanpun menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar itu.
Must-Watch Video