Pelakon Elvina Mohamad menjelaskan suaminya, Datuk Hanif Borhan yang ditahan pihak berkuasa, penghujung bulan lalu sudah dibebaskan oleh pihak polis.

Menurut Elvina, suaminya tiada kaitan dengan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom.

"Saya kesal ada pihak cuba menganiaya suami saya dan mendakwa konon Hanif terbabit.

"Lebih menyedihkan mereka mengaitkan nama suami saya adalah kenalannya sendiri.

"Mereka yang terbabit pula melarikan diri hinggakan Hanif menjadi mangsa.

"Syukur, isu jenayah cuba dikaitkan dengan nama suami dapat diselesaikan selepas seminggu," katanya.

Hanif ditahan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara untuk memberi keterangan di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 30 Mei lalu.

Sumber: Harian Metro