Pelakon Rita Rudaini mendedahkan ada rakan industry seni yang cuba memfitnahnya dengan mengatakan dia sedang menjalani penggambaran sedangkan pelakon itu belum mengambil vaksin Covid-19.

Kata Rita, dia masih berada di rumah dan menjalani aktiviti seperti biasa.

“Ada rakan industri fitnah saya cakap saya tengah shooting. Saya tak ambil vaksin. Kecoh ni dok menjaja.

“Alahai sabar lah wahai teman…Jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dengan rezeki saya tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman.

“Saya ada sahaja di rumah, tak ke mana pun…tengah main dengan tanah, masak, kemas rumah,” katanya.

Rita berkongsi luahan rasanya itu di Instagram (IG) Story miliknya.

Semalam, kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa satu bagi industri kreatif berkuatkuasa 9 September ini.

Menurut Rita meskipun nama dia akan digugurkan dalam mana-mana penggambaran kerana dia belum menerima vaksin, ibu tunggal itu terima dengan hati yang reda.

“Saya percaya dengan rezeki yang Tuhan tetapkan. 100 episod nama saya digugurkan pun saya okay sebab bagi saya Allah dah tulis macam tu.

“Saya sentiasa bersangka baik dengn Dia (Tuhan) sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hambaNya.

“Jadi percayalah…apa yang dengki sangat dengan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Rita mencuri perhatian warga netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.