Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ada Rumah Hantu di Pusat Membeli Belah? Rasai Pengalaman Seram BOO Haunted House at Paradigm Mall!

Kamaruddin Razal
30/10/2018 20:17 MYT
Pengalaman memasuki rumah hantu selalunya boleh dirasai di taman tema atau pun fun-fair.

Namun begitu, BOO Haunted House menyediakan pengalaman yang berbeza untuk pengunjungnya kerana ia tertelak di dalam sebuah pusat membeli-belah!

Bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya, anda boleh rasai sendiri pengalaman menyeramkan dengan memasuki BOO Haunted House!


Tidak hanya menawarkan rasa gemuruh dan mencemaskan dengan kehadiran hantu yang ada di dalam rumah tersebut, pengunjung juga harus menyelesaikan 'puzzle' misteri sebelum dibenarkan keluar dari BOO Haunted House!

Mula dibuka pada 12 Oktober lalu, rasai pengalaman memasuki BOO Haunted House pada hari ini, 31 Oktober bersempena sambutan Haloween dan pada 3 dan 4 November ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan tiket kemasukan serendah RM5 sahaja!



Menariknya, bersempena sambutan Haloween pada tahun ini, karakter yang diinspirasikan daripada filem Pengabdi Setan juga boleh 'dijumpai' di BOO Haunted House!

Selain filem Pengabdi Setan, saksikan juga filem seram terbaik seperti Exit 14, Mon Mon Mon Monster dan Unhinged di saluran Boo (404).

Filem-filem menarik itu juga boleh ditonton bila-bila masa di Astro GO dan on demand!
#BOO Haunted House