Pelakon Sweet Qismina mendedahkan berdepan detik ‘terakhir’ dalam hidupnya apabila berasa sakit yang teramat sangat selepas dijangkiti virus COVID-19.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 23, dia mengalami beberapa simptom yang pada mulanya beranggapan hanya demam biasa.

“Rupanya dalam masa 10 orang kena COVID-19 ni, akan ada satu hari yang kita sakit sampai rasa ini hari terakhir hidup. Walaupun masa tu Sweet di stage 2.

“Masa Sweet kena tu, kita shooting terdedah hujan panas, Sweet demam dalam tiga hari. Rasa macam demam biasa, takde apa-apa tapi masuk hari keempat, tidur malam rasa sesak nafas.

"Tak boleh bernafas langsung, tidur pun tak selesa, letak minyak angin pun tak boleh, rasa nak muntah tapi keluar angin, waktu tu sampai terduduk kat tepi toilet bowl, tak boleh bangun dan buat apa-apa dah.

“Itulah hari Sweet kena yang Sweet rasa paling teruk. Mama kata ini antara simptom COVID so hari esoknya tu terus pergi hospital buat swab test dan disahkan positif,” ujar Sweet kepada Gempak.

Sweet ditemui ketika majlis buka puasa Warner Music yang berlangsung di Sunway Resort, Petaling Jaya pada Isnin.

Tambahnya lagi, dia kini sudah sembuh. Virus tersebut tidak aktif dan akan berada di dalam badannya untuk tempoh enam bulan.

“Saya dah lebih 10 hari dan bila tanya doktor, COVID ni sebenarnya memang kena kuarantin selama 10 hari sebab dalam tempoh tu, tak tahu hari apa yang virus tu aktif.

“Lepas 10 hari ni, Sweet masih lagi positif tapi virus dah tak aktif dan ia akan pulih dalam masa enam bulan. Virus akan ada dalam badan selama enam bulan tapi dia dah mati.

“Tapi siapa yang terkena COVID untuk kali kedua, akan sakit lagi teruk. Daripada stage 2, dia akan naik ke stage 4 atau lima. Jadi bagus kalau kita ambil vaksin,” jelasnya lagi.

Pada 21 April lalu, Sweet berkongsi berita mengenai dirinya yang disahkan positif dijangkiti COVID-19 di Instagram.

Sweet disahkan positif sewaktu menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak dan menjalani tempoh rawatan serta kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.