Nama MK K-Clique tidak lagi perlu diperkenalkan kerana sudah mendapat tempat di hati peminat terutama dalam kalangan wanita.

Terbaru, MK ada memuat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG) dengan berkongsi cara untuk melindungi kasut kesayangan daripada basah terkena hujan.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Dalam video terbabit, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menutup kasutnya dengan menggunakan plastik berwarna putih.

Walaubagaimanapun, perkongsian itu telah menarik perhatian netizen untuk membongkar harga sebenar kasut yang dipakai oleh MK.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan harga kasut jenama Nike Dior x Air Jordan itu mencecah lebih daripada RM40,000 sepasang.

"@afqkmrzmn: Tahukah anda kasut dia ini bernilai RM40,000?

"@faridamil_: Uish Myvi kat kasut tu. Hahahahahaha.

"@fifieysf: Kasut RM40,000 ini kalau saya pun tanggalkan berkaki ayam ja.

Hasil semakan Gempak, kasut jenama antarabangsa ini mempunyai pelbagai jenis design namun harganya tetap bermula dengan puluhan ribu ringgit.



Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat hampir 700,000 tontonan.