,
Laman Utama

Ada Sebab Nadhir Nasar Lantang Bersuara Mengenai Filem Vik2ria Secret - “Lebih Baik Masyarakat & Penonton Didedahkan Dengan…”

Asyikin Mayudin
23/07/2023
01:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar tampil menjelaskan tujuan dia lantang bersuara mengenai filem Vik2ria Secret kerana mahu masyarakat didedahkan dengan karya seni berkualiti.
Nadhir atau pemilik nama penuh, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, berkata, dia perlu membuka mulut berkenaan isu terbabit untuk memperbaiki bidang seni ke arah lebih baik pada masa akan datang.
"Berat sebenarnya hendak mengulas mengenai isu ini kerana saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Namun, saya mengambil pendekatan bersuara kerana mahu industri perfileman menjadi lebih baik.
"Terpulang sekiranya ada pihak yang melihat saya sebagai 'loud' dan sebagainya kerana saya perlu membuka mulut. Lebih baik masyarakat dan penonton didedahkan dengan naskhah berkualiti yang dapat menjana minda.
"Sebagai salah seorang yang bergiat dalam bidang seni, menjadi tanggungjawab saya untuk bercakap mengenai isu ini," katanya.
Terdahulu, Nadhir yang mencipta nama menerusi drama bersiri High Council meluahkan filem Vik2ria Secret yang menelan belanja yang banyak namun poster yang digunakan sebagai promosi juga kurang memberangsangkan.
"Dana yang banyak tetapi poster pun seperti budak 'intern' yang buat. Tidak tahu sama ada hendak marah atau apa. Terlalu awal untuk dibahaskan, kau masih mentah.
"Bukan kami mentah, namun kau saja yang sudah menemui tarikh luput (expired). Apabila ditanya katanya acah hendak menghasilkan filem untuk mak cik dan pak cik di hulu. Sedangkan mereka pun sudah menonton Netflix.
"Kau yang sebenarnya ketinggalan," demikian tulis Nadhir di akaun Twitter miliknya pada Ahad lalu.
Menerusi perkongsian yang sama, Nadhir menyelitkan informasi berkenaan filem arahan AR Badul yang didakwa mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM550,000.
Bagaimanapun, kutipan filem berkenaan hanya RM5,000 dengan jumlah penonton sebanyak 346 orang saja.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nadhir Nasar Belum Ada Plan Kahwin, Tapi Terbuka Cari Girlfriend! - "Boleh Hantar Resume..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG