HIBURAN
Ada Sebab Opai Larang Fatin Afeefa Aktif Dalam Bidang Seni - “Bukannya Dia Bayar Rumah Ataupun Bil”
Pempengaruh Opai memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri menghalang isterinya iaitu Fatin Afeefa daripada terus bergiat aktif dalam bidang seni sebagai pelakon dan penyanyi.
Tanggungjawab isteri
Opai atau nama sebenar Aliff Awang, berkata, dia lebih seronok melihat Fatin duduk di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Malah usahawan berusia 31 tahun ini juga menganggap tugas menyara keluarga terletak pada bahunya sebagai ketua keluarga.
“Saya rasa lebih baik seorang isteri duduk dekat rumah dan besarkan anak-anak. Fatin juga merupakan ibu yang menakjubkan.
“Walaupun dia tidak pernah menang sebarang anugerah dalam industri, tetapi setiap hari dia menang sebagai isteri dan ibu terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN: "I Am A Multimillionaire & Have 3 Supercars…” - Opai Yakin Takkan Jumpa Wanita Lebih Kaya
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”
ARTIKEL BERKAITAN: Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”
“Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?
“Tidak perlulah dia kembali (ke industri). Bukannya dia bayar rumah ataupun bil. Itu semua saya yang selesaikan. Jadi, isteri tidak perlu bekerja,” katanya.
Perlu banyak belajar
Sementara itu, Opai mengakui dia masih banyak perlu pelajari untuk memikul tanggungjawab sebagai suami serta bapa.
“Saya masih banyak lagi perlu belajar jadi seorang suami yang terbaik, kalau ada yang puji, saya hanya ucap alhamdulillah. Tidak perlu nak idolakan saya.”
Imbas kembali, Opai mendirikan rumah tangga dengan bekas selebriti, Fatin Afeefa pada Disember 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.
Must-Watch Video