Hiburan
Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”
Teka-teki akhirnya terjawab apabila pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang mendedahkan mereka sudah memiliki cahaya mata.
Usia anak kini tujuh bulan
Berita itu dikongsi sendiri oleh Aliff atau lebih mesra disapa Opai menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram mereka.Menurut Opai, usia anaknya kini sudah mencecah tujuh bulan.
“Ini anak kami berdua, alhamdulillah dah tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak bagitahu fasal anak, satu sebab mak saya dah bising, isteri saya pun sama.“Saya rasa bawah daripada sepuluh orang tahu tentang perkara ini. kitorang chil chil relax lah sebab jadi mother father, relax lah.
“Anak dah nak besar dah, takkanlah saya tak boleh nak bagitahu kat dunia kot yang saya ada anak baru kan,” ujarnya.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan wajah anak mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”
ARTIKEL BERKAITAN:“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Fatin Afeefa Tayang Secekak Duit, Jam Tangan Mewah - “Jangan Rompak Saya…”
Terdahulu, Fatin sebelum ini selesa memilih untuk mengunci mulut daripada menjawab dakwaan mengenai sudah melahirkan cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan Opai.Fatin mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh dan usahawan, Opai pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.
Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.
Must-Watch Video