HIBURAN
Ada Sebab Suami Terpaksa Tangguh Niat Untuk Ceraikan Zehra Zamri - “Dia Enggan Gugurkan 4 Tuntutan Dalam…"
Suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin mengakui dia sebenarnya sudah bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya namun memilih untuk menangguhkan hasratnya itu.
Zehra enggan gugurkan empat daripada lima tuntutan cerai
Iqwan berkata ia berikutan disebabkan Zehra enggan menggugurkan empat daripada lima tuntutan perceraian yang difailkan selain isterinya itu kini tidak berada dalam keadaan suci.“Antara butiran yang saya tidak bersetuju adalah mengenai tuduhan kekerasan. Tetapi hanya satu yang saya setuju kekalkan iaitu tiada kesefahaman dalam perkahwinan.“Saya memang berhasrat nak melafazkan cerai kepada isteri pada hari ini, tetapi saya terpaksa tangguh disebabkan keadaan Zehra yang tidak suci selain dia enggan gugurkan empat tuntutan dalam permohonan perceraian yang dibuat.
“Selagi dia tidak mengugurkan empat perkara itu, saya akan berjuang untuk terus membersihkan nama saya. Ini bukan hal kecil kerana ini melibatkan reputasi dan maruah,” katanya kepada Gempak.
Iqwan berkata demikian sejurus prosiding pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.
Namun, wakil JKP yang mewakili Iqwan tidak dapat meghadirkan diri disebabkan mempunyai urusan kecemasan.
ARTIKEL BERKAITAN:"Sudah Dua Minggu Saya Dan Suami Tidak Tinggal Sebumbung, Dia Dah Ambil Semua Barang ..." - Zehra Zambri
ARTIKEL BERKAITAN:Ada Sebab Suami Zehra Zambri Tak Nak Bercerai - "Kalau Setuju, Saya Seakan Mengiyakan Tuduhan Dia Yang Mengatakan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Zehra Zambri - “Ini Bukan Fantasi Nakal Atau S*ks Ganas Tapi Saya Betul Dipukul”
ARTIKEL BERKAITAN:Zehra Zambri Letih Kemelut Rumah Tangga Berlarutan, Hanya Mahu Segera Bercerai - “Langkah Terbaik Adalah Diam & Jadi Bodoh
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Zehra Zambri Enggan Cerai, Kes Lanjut Ke Proses JKP - “Harap Iqwan Dapat Buka Hatinya Untuk…”
Mahkamah tetapkan tarikh baharu
Susulan dari itu, mahkamah telah menetapkan 14 Mei sebagai tarikh baharu untuk Iqwan melantik wakil JKP.Jelas Iqwan, ketiadaan wakil JKP bukan bertujuan dia sengaja untuk melambatkan proses mahkamah.
Pada 10 April lalu, mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).“Saya sudah maklumkan perkara itu kepada hakim sebentar tadi mengenai urusan kecemasan tentang wakil yang sepatutnya dilantik.“Jadi pada 14 Mei nanti saya akan bawa rakan baik saya yang menjadi tempat saya berkongsi cerita dan masalah sejak saya mendirikan rumah tangga dengan Zehra hampir tiga tahun lalu. Kawan saya lelaki bukan perempuan,” jelasnya.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video