Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Zarina Zainoordin berkongsi semula pengalaman ketika awal kemunculannya menjejakkan kaki dalam industri hiburan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina menjelaskan dia telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai sehingga ada yang mempertikaikan bentuk badannya.

"Jumpa gambar masa kita nak pergi audition kali ke-2 untuk Menuju Puncak! Sampai menangis lah kena banyak tanya dengan pengadil.

"Masa ni berat 37 kilogram je umur 20 kot rasanya. Sampai ada seorang Mak Cik tu, dia cadangkan makan "friskies " (makanan kucing) sebabnya keding noo. Sentap nyah.

"Muka toksah cakap, takda ruang yang takda jerawat. Penuh! Makanya hadap je la mulut dajal-dajal, masuk kiri kuar kanan, cari solution, simple," tulisnya.

jumpa gambar masa kite nak g audition kali ke 2 untuk menuju puncak ! sampai nangis la kene byk tanya dgn pengadil ??? MASA NI BERAT 37 kg je umur 20 kot rasanya. ? sampai ada seorang Makcik tu , dia cadangkan makan "friskies ".. (Makanan kucing) sbbnya keding nooooo..sentap nyah. Muka toksah ckp, takde ruang yg takde jerawat.. PENUH!!MAKANYA,hadap je la ?? Mulut dajal2 ,masuk kiri kuar kanan,cari solution ,simple. . BELAJAR BELAJARLAH ,JAGA BADAN SENDIRI,JAGA JARI SENDIRI,JAGA MULUT SENDIRI,JAGA HATI ,JAGA LAKI KAU SENDIRI, JAGA DUIT DALAM POKET KO SENDIRI,JAGA AMALAN KAU UNTUK KAT SANA NNT.. WAHAI MANUSIA JARI TAK BEDUNG MULUT MCM ? ?

A post shared by RELAX LA HATERS!!!!⚔️JOHOREAN? (@zarinazainoordin) on


Rata-rata mengakui kagum dengan perubahan yang berlaku pada Zarina dan berharap dia dapat kongsikan tips dalam mengekalkan kecantikan dirinya.