"Ada Seorang Mak Cik Sampai Suruh Makan 'Friskies' Sebab Badan Terlalu Kurus" - Zarina AF2

Rozaimi Zubaidi
September 13, 2018 05:59 MYT
Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Zarina Zainoordin berkongsi semula pengalaman ketika awal kemunculannya menjejakkan kaki dalam industri hiburan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina menjelaskan dia telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai sehingga ada yang mempertikaikan bentuk badannya.
"Jumpa gambar masa kita nak pergi audition kali ke-2 untuk Menuju Puncak! Sampai menangis lah kena banyak tanya dengan pengadil.
"Masa ni berat 37 kilogram je umur 20 kot rasanya. Sampai ada seorang Mak Cik tu, dia cadangkan makan "friskies " (makanan kucing) sebabnya keding noo. Sentap nyah.
"Muka toksah cakap, takda ruang yang takda jerawat. Penuh! Makanya hadap je la mulut dajal-dajal, masuk kiri kuar kanan, cari solution, simple," tulisnya.
Rata-rata mengakui kagum dengan perubahan yang berlaku pada Zarina dan berharap dia dapat kongsikan tips dalam mengekalkan kecantikan dirinya.
#pelakon #Akademi Fantasia #Pelakon #Zarina Zainoordin