Pelakon Hisyam Hamid dan isteri, Rosmawati Hanafi telah menyambut ulangtahun perkahwinan ke-12 pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hisyam telah memuat naik foto bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan.

"Happy 12th wedding anniversary. What a journey it has been. Ada suka, ada duka, but again itulah asam garam kehidupan kan, and it’s how we get through it that matters.

"Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Swt, In Sha Allah. Love u B," tulisnya.

Happy 12th wedding anniversary ❤️ What a journey it has been. Ada suka, ada duka, but again itulah asam garam kehidupan kan, and it’s how we get through it that matters • Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Swt, InShaAllah.. Love u B! ? #syamel #hisyamhamidfamily

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

"@16aidasuaidah: @hisyamhamid7 Happy Anniversary 12th pasangan bahagia. Ya Allah berikanlah pasangan ini kebahgian hingga ke Jannah dan berkatilah hubungan dan panjangkn umur mereka."

"@intanezzaty: Happy anniversary to you @hisyamhamid7 & @melrosehanafi. Semoga mahligai yang terbina ini kekal hingga ke Jannah. Aamiin"."

"@laila7_27: Happy anniversary @hisyamhamid7 and wife. Smoga bahagia selalu hingga ke jannah. @hisyamhamid7 sentiasa nampak muda."

"@maria_zal:So sweet. Happy annivesary @hisyamhamid7. Asam garam rumah tangga banyak cabarannye di usia muda. Alhamdulillah both of you went thru together."

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua orang anak.

Dalam perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan drama lakonan Hisyam Hamid iaitu Alamatnya Cinta yang disiarkan di slot Megadrama Astro merupakan drama bersiri adaptasi daripada drama popular Korea, Full House.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.