“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Asyikin Mayudin
26/04/2024 02:55 MYT
26/04/2024 02:55 MYT
Bekas suami kepada Adira Suhaimi, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu memuat naik satu perkongsian di TikTok sehari sebelum melafazkan cerai terhadap penyanyi itu.
Reda Dengan Takdir
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
“Ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku tetapi kita terpaksa menerimanya. Ada perkara yang kita tidak mahu tahu, tetapi kita terpaksa mempelajarinya.
“Dan ada wajah yang kita tak mahu berpisah, tetapi kita terpaksa melepaskannya. Siapa kita? Untuk menentang takdirnya.
“Jika keterpaksaan itu dapat melatih dan mengajar kita tentang reda, maka laluilah ia walaupun terpaksa,” kongsi Adnan.
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafqzkan talak tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.