Hiburan

Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”

gempak
Asyikin Mayudin
24/04/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.

BERITA TRENDING: Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu

Menurut peguam syarie yang mewakili Adira iaitu Nor Saidah Zakaria, Adnan juga bersetuju untuk melepaskan anak guamnya dengan syarat penyanyi itu tidak menuntut apa-apa.
“Datuk Red bersetuju untuk cerai kalau Adira tidak menuntut apa-apa. Tapi keputusan itu pun atas kehendak Adira sendiri,” kata peguamnya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai

BERITA TRENDING: Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama” Dalam pada itu, Adira memberitahu dia tidak mahu apa-apa daripada Adnan kerana memahami keadaan bekas suaminya itu kini dalam keadaan susah.
“Yang saya pasti, saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red. Yela, dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia.
“Saya percaya kalau rezeki dia murah, ada bahagian untuk anak-anak saya,” ujarnya kepada Gempak.
Sementara itu, penyanyi lagu Ombak Rindu ini berkata dia juga tidak menghalang untuk bekas suaminya bertemu dengan anak-anak mengikut persetujuan bersama.
“Buat masa sekarang, anak-anak saya yang jaga. Tetapi tidak menghalang sekiranya dia ingin menjenguk, mengikut persetujuan kami sendiri,” katanya.
Adira juga memberitahu anak-anak mereka masih belum mengetahui mengenai perceraian itu namun yakin akan diketahui tidak lama lagi.
“Saya tak beritahu anak-anak. Tapi mereka mesti akan tahu. Sebab mereka pun sudah pandai membaca,” ujarnya.
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafqzkan talak tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live