Belum lagi diumumkan barisan pelakon, tiket bagi menyaksikan pementasan Puteri Gunung Ledang Musical (PGLM) musim keempat telah pun terjual sebanyak 7,000.

Ketua Pencetus Impian Kumpuan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina yang mengesahkan berita tersebut bagaimanapu turut terkejut dengan respon peminat.

“Saya rasa abuat pertama kalinya pementasan di Malaysia ini orang terus dan yakin hendak membeli tiket hanya dengan dengar tajuknya sahaja. Malah barisan pelakon pun belum didedahkan lagi.

“Bayangkan sejak penjualan tiket dibuka pada November tahun lalu, ia sudah terjual sebanyak 7,000 keping.

“Terkejut saya bila orang sudah berebut hendak membeli tiket meskipun tarikh pementasan ketika itu jatuh 9 bulan lagi.

“Saya terharu dengan sambutan tersebut, namun agak sedih kerana kami terpaska menutup penjualan tiket ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dan kini pula ia terpaksa ditangguhkan sehingga tahun hadapan,” katanya.

Tiara berkata kepada Astro Gempak selepas akur dengan keputusan untuk menanggungkan PGLM yang sepatutnya dipentaskan pada 3 Julai ini.

BACA: “Keputusan Ini Amat Berat Kerana…”- Puteri Gunung Ledang The Musical Ditangguh 2021

BACA: Tiara Dedah Rugi RM2 Juta, “Selama Ini Kami Hanya…”- Penangguhan Puteri Gunung Ledang Musical

Pun begitu, Tiara akui penangan PGLM sangat hebat sehingga ada yang menonton lebih dari sekali.

“PGLM ada pengikutnya yang tersendiri. Saya tahu peminatnya sanggup menonton sehingga tiga kali pementasan yang sama.

“Malah saya sendiri pernah berjumpa dengan peminat yang menonton sehigga 18 kali pementasan pun masih mahu tonton pementasan PGLM untuk musim terbaru

“Apa-apa oun saya harap semua peminat dan pembeli tiket bersabar kerana saya akan pastikan PGLM tahun depan merupakan satu pementasan yang hebat dan berbaloi ditunggu,” katanya lagi.

Pelakon PGLM telah mula membuat latihan sejak Disember lalu dan buat masa ini semua latihan terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh baru untuk pementasan teater tersebut diumumkan.

PGLM yang memasuki musim keempat itu telah memenangi lapan trofi pada Anugerah Boh Cameronian 2007 termasuk kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik, Rekaan Bunyi dan Muzik Terbaik.