"Ada Yang Buta Mata & Buta Hati" - Almy Nadia

Rozaimi Zubaidi
September 5, 2018 05:11 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan kerja yang sering dilakukan olehnya.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Almy mengakui tetap membantu suaminya, Datuk Fizz Fairuz walaupun kini sedang sarat mengandung anak ketiga.
"Walaupun saya mengandung tak menghalang untuk saya bantu suami saya. Ini kerja kami setiap kali habis event yang kami anjurkan.
"Pastikan semua clear tak kira apa cara sekali pun. Kami sebagai penganjur bertanggungjawab sebelum event sampai habis event.
"Datang bersih, balik pun kena bersih. Jadi faham-faham ja la. Itu pun ada yang buta mata dan buta hati. hahahahahahah," tulisnya.
Rata-rata mengakui kagum dengan Almy yang masih melakukan kerja walaupun kini sedang hamil dan mereka berharap agar dia mendapat rehat secukupnya.
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.
#pelakon #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia