Wanita yang tular selepas wajahnya dikatakan seperti kembar kepada Allahyarham Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila menerima kecaman dilemparkan netizen sewaktu menghadiri majlis hari lahir bapa arwah iaitu Raissuddin Hamzah, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, wanita dikenali sebagai Emy itu berkata, dia sekadar memenuhi undangan selepas dijemput oleh isteri kepada Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi.

“Ada yang cakap saya pergi sana menggatal la, ambil kesempatan. Tapi niat saya hanya mahu berjumpa ayah arwah saja, sebab mereka jemput. Ada rezeki, kita pergi la.

“Tapi dari Facebook sampai ke TikTok, tak ramai yang berfikiran positif. Mereka hanya baca tajuk, tengok gambar pastu terus maki-maki,” katanya.

@bungaapril097

♬ original sound - Bunga April
Menerusi video itu Emy turut menjelaskan apa yang selama ini terbuku di hatinya.

Malah dia menafikan menggunakan peluang itu dengan mengambil kesempatan membuat bayaran produk rebiu di laman sosial.

Emy juga menegaskan dia tidak pernah mengaku wajahnya seiras dengan mana-mana individu.

“Siapa yang pernah follow saya dari dulu, mereka tahu saya macam mana. Saya suka reviu barang orang. Belum pernah lagi saya mengaku saya ni seiras dengan mana-mana orang pun,” luahnya lagi.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat supaya Emy terus maju dalam apa yang dilakukan serta mengabaikan tohmahan itu.

“Muka sama, suara sama. Bertabahlah..Biasalah netizen tu.. Abaikan je. Dah Allah bagi muka seiras,” komen salah seorang pengikutnya.

“Saya kenal awak dari FB lagi, ingat lagi masa main makeup-makeup dulu. Abaikan jer apa orang nak cakap tu,” komen salah seorang warga maya.