"Ada Yang Laknat, Doakan Kami Sekeluarga Masuk Neraka" - Fadzil Zahari Luah Rasa Kesal
Rozaimi Zubaidi
07/08/2019 06:45 MYT
07/08/2019 06:45 MYT
Pelakon dan penerbit Fadzil Zahari mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cepat menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil berharap agar orang ramai dapat memberi masa kepadanya untuk mencapai kata sepakat dalam menyiarkan sebuah drama berkisarkan golongan LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual).
"Alhamdulillah. Malam semalam sampai lewat pukul 1.00am kami bincang dengan Ustaz @Pu_Hafiz, abang sangat respek sebab dia memang gentleman. Inilah Ketua yang kita harapkan, seorang Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS).
"Saat hampir kesemua netizen hentam abang, @yanasamsudin & @prokuyastudios & pengarah kami @eyrahman22 bahkan pelakon pun kena pasai Telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi ni ada yang laknat kami, doakan kami sekeluarga masuk neraka, agen Yahudi la, ajak boikot sedangkan depa sendiri pun tak pernah tonton cerita ni lagi.
"Maka mai la Ustaz Hafiz bertanya & ajak bincang perkara ni. (tak ada icon tabik kat sini).
"Jadi, abang harap semua boleh tunggu sat, kita akan capai kata sepakat bersama RTM & semua pihak terlibat untuk pencerahan pada semua Insya Allah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Fadzil bersabar dengan dugaan yang dilaluinya ini dan mereka mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan buatnya.
Drama yang diberi judul Demi Tuhan Aku Bersaksi itu bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan sekitar bulan September nanti.
Sebelum ini menurut laporan media, Fadzil berkata drama itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan.