Laman Utama

Ada Yang Minta Ulas Isu Bermadu, Ini Jawapan Puteri Sarah - “Jangan Dengar Hasutan Orang, Buat Keputusan Sendiri”

Mya Amri
29/11/2023
04:45 MYT
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menasihatkan wanita yang mempunyai dilema selepas dimadukan supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Saeah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berpendapat, wanita harus membuat keputusan sendiri dan tidak termakan dengan hasutan orang lain.
“Ramai yang DM tanya Sarah... Pandangan peribadi saya adalah lakukan apa yang membuatkan anda gembira jika ia tidak memudaratkan.
“Sarah? Saya gembira dengan keputusan saya dan tegas mengenainya. Jangan dengar hasutan orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah juga berharap wanita yang berdepan dengan situasi seperti itu membuat keputusan dengan memikirkan apa yang terbaik untuk anak-anak.
“Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Fikir apa yang terbaik untuk anda dan anak-anak.
“Allah ada bersama anda. Kebetulan lusa Sarah akan pergi umrah. Nak kirim doa boleh,”maklumnya.

BERITA TRENDING: “Tak Akan Saya Nak Kacau Orang Punya” - Puteri Sarah Dedah Identiti Lelaki Misteri

Sarah mengulas perkara itu selepas menerima begitu mesej di Instagram yang dipercayai bertanyakan berkenaan isu melibatkan pasangan personaliti media sosial Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.
Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.
Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…”

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

gempak
07/05/2024
02:30 MYT
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Hiburan

Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

gempak
17/04/2024
05:55 MYT
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap akan menjaga ukhwah yang terbina bersama kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh meskipun anaknya, Syamsul Yusof sudah berpisah dengan Puteri Sarah Liyana. Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam, 70, berkata, sehingga ke h