Tindakan penyanyi popular Hollywood, Shawn Mendes yang mengelak dari bergambar bersama peminat ketika berjalan bersendirian di pusat beli belah Suria KLCC mengundang kecaman netizen.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen menganggap tindakan penyanyi lagu Senorita itu kurang sopan.

Namun pada masa yang sama, ramai juga yang berpendapat orang sekeliling harus menghormati privasi penyanyi tersebut kerana berjalan sendirian tanpa iringan pengawal keselamatan.

"Ada yang pergi konsert sampai kena scam tiket, tengoklah Shawn bapak sombong, atau dia tak nak tarik crowd, aku pun tak tahu but this kinda rude," tulis @HarizHaiyyan

"Saya suka bagaimana Shawn Mendes mahu hidup normal seperti manusia lain, berjalan sekitar KLCC tanpa pengawal keselamatan, kita harus hormati privasi dia," tulis @dankhootan

"Shawn Mendes di KLCC, naik escalator belakang saya!" tulis @4privatereasons.





Konsert Shawn Mendes The Tour Asia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu telah menyaksikan kehadiran ribuan peminat dari Malaysia dan luar negara.

Sebanyak 20 lagu dinyanyikan sepanjang konsert tersebut antaranya Lost In Japan, Treat You Better, Mercy dan banyak lagi.