Hiburan

"Ada Yang Skeptikal, Persoalkan Siapa Saya Tiba-Tiba Nak Jadi Penyanyi?" - Amiesyha Yakin Pertaruhkan Irama Latin Dalam Mirame

gempak
Amri Hassan
21/06/2024
12:37 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Skeptikal, Persoalkan Siapa Saya Tiba-Tiba Nak Jadi Penyanyi?" - Amiesyha Yakin Pertaruhkan Irama Latin Dalam Mirame
Nama penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar tahun 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.
Lagu berentak hip hop itu juga menjadi runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster yang ditayangkan pada tahun sama.
Kini, setelah dua tahun, Amiesyha atau pemilik nama sebenar Ismar Amiesyha Ismail kini muncul dengan ‘buah tangan’ terbaharunya iaitu sebuah lagu irama Latin iaitu MIRAME.

BERITA TRENDING: [VIDEO] "Tak Adalah Sampai Tua Nak Menyanyi" - Salwa Abdul Rahman

BERITA TRENDING: Tak Nak Disamakan Dengan Shawn Baharin, Penyanyi Baharu Ini Pertaruhkan Lagu Genre Pop Latin - "Saya Tak Tiru, Saya Belajar Dari ..."

Membesar dengan lagu Latin

Bercerita lebih lanjut mengenai lagu tersebut, Amiesyha memberitahu ia sepatutnya menjadi single pertama buat dirinya dalam usaha mengejar impian menjadi seorang penyanyi.
“Pada tahun 2022, saya sempat merakamkan dua buah lagu iaitu bermula dengan Mirame dan kemudian baru saya rakamkan lagu Gegar.
“Bagaimanapun, lagu Gegar terlebih dahulu diterbitkan memandangkan ia jadikan sebagai OST untuk filem Daddyku Gangster,” ujarnya.
Mengenai pemilihan irama Latin untuk single baharunya itu, jelas Amiesyha dia sememangnya membesar dengan lagu-lagu Latin.
“Kalau lagu sebelum ini (Gegar) berentak hip hop, untuk lagu ini saya memang inginkan ada ‘vibes’ Latino kerana saya cukup menggemari irama Latin,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Bagaikan Langit Dibikin Versi Latin, Melly Goeslaw: Pengen Nangis, Allah Baik Banget

Pada masa sama, Amiesyha mengakui lagu Mirame ini sememangnya menjadi inspirasi buat dirinya untuk bergelar seorang penyanyi.
Ujarnya, menerusi bait-bait lirik dalam lagu berkenaan, ia berkisarkan tentang kekuatan diri seseorang untuk tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif orang lain.
“Mirame adalah perkataan dalam bahasa Latin yang bermaksud ‘Look At Me’ (Lihatlah Saya). Ia adalah sebuah lagu hype yang beritahu kepada pendengar, sejauh mana orang tak suka kepada kita, kita tak perlu hiraukan apa yang nak kata. Biarlah orang lihat sendiri bakat dan kebolehan kita.
“Macam saya sendiri, apabila nak menjadi penyanyi memang ada segelintir yang skeptikal… yang persoalkan siapakah saya yang tiba-tiba nak jadi penyanyi. Jadi, saya tak perlu hiraukan pandangan sebegini dan saya mahu menjadi diri sendiri,” jelasnya.
Mengenai harapannya terhadap single Mirame, Amiesyha menyatakan agar lagu baharunya itu dapat diterima pendengar.

Simpan lama jadi basi

Menurutnya, kini adalah masa yang paling tepat untuk dia melancarkan lagu tersebut setelah tersimpan selama dua tahun.
“Lagu ini pun dah siap dirakamkan, termasuklah dengan muzik video sekali. Kini, ia masa yang paling sesuai untuk dilancarkan kerana kalau disimpan terlalu lama, ia akan menjadi ‘basi’ pula.
“Saya juga ada beri beberapa kenalan untuk dengar lagu Mirame dan rata-rata mereka telah memberikan respons yang positif dan yakin lagu ini boleh pergi lebih jauh,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

Mirame yang merupakan lagu ciptaan dan lirik oleh Dato Ayu Omel dan Budakbro sudah boleh didengar di semua platform digital serta saluran YouTube D'Ayu Music mulai 21 JUN 2024 pada pukul 8.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live