Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) tampil membuat permohonan maaf susulan laporan pengguna yang mendakwa ketupat produk berkenaan menjadi lembik.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, pengguna yang mempunyai masalah ketupat lembik kini boleh menyalurkan aduan terus menerusi rangkaian media sosial rasmi Adabi.

"Merujuk kepada isu produk ketupat keluaran Adabi yang lembik setelah dimasak, pihak Adabi Consumer Industries mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan para pengguna di luar sana.

"Kami juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi oleh semua para pengguna kami.

“Untuk makluman, pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara tersebut tidak berulang.

“Adabi menghargai maklum balas daripada pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat ini amat dikesali,” kata kenyataan berkenaan.

Anda boleh lihat kenyataan tersebut di bawah.

Difahamkan, beberapa pengguna sebelum ini ada meluahkan rasa kecewa mengenai ketupat yang menjadi lembik di media sosial.

Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka tidak menyangka ia merupakan daripada produk itu sendiri dan bukan daripada kesalahan cara memasak.