Adakan Dua Kali Sambutan Hari Lahir, Fouziah Gous Beri Kejutan Kepada Suami!

Zulaikha Yusof
Mac 28, 2019 04:32 MYT
Pelakon Datin Fouziah Gous membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Zhaf Yusof yang ke-36 di Glamhall Mercu Mustapha Kamal, Damansara.
Menerusi rakaman video di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Zhaf nyata terkejut dengan sambutan tersebut.
"Alhamdulillah. Thanks for make it happen everyone.
"You know who you are! You guys are awesome and I'm blessed by your love.
"So inilah dia saat ketibaan birthday boy yang kena surprise konon konon nak pergi soft launch MIHAS.
"Happy birthday sayang @zhafyusof #zhafturns36," tulisnya.
Di samping itu, Fouziah turut berkongsi hari istimewa Zhaf dengan membuat sambutan hari lahir bersama anak-anak asnaf, semalam.
"Another celebration with anak-anak asnaf dari Denai Alam.
"Alhamdulillah rezeki suamiku dari Allah. Semoga Allah terus memberi rezeki yang luas, makbulkan setiap impian, kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah Rahmatnya," tulis Fouziah.
Menerusi entri tersebut, rata-rata netizen mengambil peluang untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Zhaf.
Peminat turut mendoakan agar hubungan Fouziah dan Zhaf kekal bahagia hingga akhir hayat.
Fouziah dan Zhaf berkahwin pada September 2013.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zeeshan Yusuf dan Zaheen Yusuf.
#pelakon #Pelakon #Fouziah Gous