Pelakon Adam Corrie berkongsi paparan skrin daripada salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang ingin memohon bantuan daripadanya.

Menerusi mesej tersebut, individu tersebut meminta RM100 daripada Adam untuk keperluan kehidupannya.

“Assalamualaikum abang Adam, maaf mengganggu… Saya Iz** mohon bantuan sikit. Keperluan kehidupan RM100. Kalau ada rezeki saya,” tulis mesej tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Adam membalas mesej itu dengan menyertakan link dari Baitulmal Zakat untuk mendapatkan bantuan disalah erti oleh individu tersebut.

Malah, individu itu menganggap pelakon filem KL Gangster itu bersikap sombong dengan menyertakan link tersebut.

“Setiap hari memang ada insan yang minta bantuan. Saya sertakan link untuk mudahkan dapatkan bantuan. Tak dapat bantuan, terus di cop sombong,” kata Adam.

BACA SINI: “Pengalaman Sendiri, Tiada Zuriat Selama 10 Tahun”- Adam Corrie Nasihat Para Suami Usaha Sungguh-Sungguh Sebelum Fikir Kahwin Lain