Laman Utama
Adam Shahz Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada JS Pictures
Pelakon Adam Shahz memohon maaf secara terbuka kepada JS Pictures berhubung kenyataan tentang sebuah produksi yang didakwa meneruskan penggambaran meskipun terdapat kru dan pelakon positif COVID-19, seperti yang dilaporkan media semalam.
Menurut Adam, kenyataan yang diberikan itu adalah disebabkan salah faham dan tidak melibatkan mana-mana produksi, termasuk JS Pictures yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Jinggo bersama isterinya Sheila Rusly.
"Assalamualaikum, artikel ini tidak melibatkan mana-mana produksi, termasuk @realjspictures dan memohon maaf secara terbuka diatas salah faham yang berlaku.
"Saya memohon maaf dengan pihak JS Pictures kerana salah penafsiran, serta JS Pictures tidak tertakluk dalam kenyataan artikel ini," tulisnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza.
Terdahulu, Adam menyelar tindakan sebuah produksi yang didakwa mahu meneruskan penggambaran meskipun mengetahui separuh daripada kru dan pelakon telah positif COVID-19.
Bagaimanapun, baik kepada Gempak atau media lain, Adam tidak menyebut nama mana-mana pihak kerana mahu memberi peluang kepada mereka untuk memperbetulkan keadaan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video