Laman Utama
Separuh Produksi Positif COVID-19, Adam Shah Dilarang 'Berkokok' - "Boleh Je Nak Sebut Nama Tapi..."
Pelakon Adam Shah menyelar tindakan sebuah produksi yang didakwa memberi arahan untuk meneruskan penggambaran meskipun mengetahui separuh daripada kru dan pelakon yang terlibat dijangkiti COVID-19.
Menurut pemilik nama lengkap Nor Shah Azli Abdol Ghani itu, hal sedemikian tidak harus berlaku kerana ia membahayakan nyawa ramai orang.
"Saya taklah terlibat secara langsung dengan pihak produksi itu, tapi saya dimaklumkan oleh kawan-kawan yang terlibat.
"Kawan saya itu beri dengar voice note oleh pihak tersebut yang mengeluarkan arahan agar tidak berbunyi mengenai jangkitan COVID-19 yang berlaku dalam kalangan mereka kalau nak habiskan penggambaran dengan cepat.
"Perkara sebegini libatkan nyawa orang dan tak sepatutnya terjadi, bukan setakat mereka yang terlibat di set penggambaran, tapi juga ahli keluarga masing-masing pun berisiko mendapat jangkitan," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Adam juga berharap agar penggiat industri seni tidak merosakkan kebebasan yang diberikan oleh kerajaan untuk kembali bekerja selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Apabila kita dah dibenarkan bekerja, janganlah rosakkan kembali industri, kita sedia maklum dunia seni memang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Tak susahpun, jagalah diri dan patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya lagi.
Tambah Adam, dia enggan menyebut nama pemilik produksi yang merupakan pasangan suami isteri itu kerana mahu memberi peluang kepada mereka untuk memperbetulkan keadaan.
"Kalau ikutkan boleh saja nak sebut nama mereka, tapi kita beri peluang untuk mereka betulkan keadaan.
"Saya rasa tak adil juga kalau terus 'tembak' mereka, semoga mereka ada kesedaran untuk sama-sama menjaga keselamatan orang lain," katanya lagi.
Terdahulu, Adam menulis kenyataan di akaun Facebook miliknya tentang pihak produksi yang memberi amaran kepada artis dan kru agar tidak membuka mulut dan meneruskan penggambaran meskipun separuh daripada mereka positif COVID-19.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video