Penyanyi Adele didakwa sudah berkahwin dengan teman lelakinya Simon Konecki selepas dia dilihat memakai cincin perkahwinan pada jari manis tangan kirinya.

Menurut laporan Daily Mail, Adele, 28, seperti tidak berselindung malah dilihat memakai cincin tersebut ketika muncul di sebuah pasaraya di Los Angeles

Berita berkenaan mula menjadi perbualan peminatnya di laman sosial dan ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Adele dan teman lelakinya berusia 42 tahun itu mula menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Angelo yang berusia empat tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hello itu dilaporkan merancang untuk berkahwin dalam sebuah majlis tertutup ketika musim cuti sekolah kerana ingin memastikan anak perempuan Simon daripada perkahwinan terdahulu dapat hadir.

Sumber: Daily Mail