Penyanyi popular kelahiran Britain, Adele telah mengalami penurunan berat badan sebanyak hampir 19 kilogram.

Menurut laporan The Sun, perkara itu telah menarik perhatian pereka fesyen dan isteri David Beckham, Victoria Beckham untuk menghadiahkan beberapa helaian pakaian dari jenama miliknya.

Sebelum ini, pemilik jenama mewah Victoria Beckham itu sudah lama berhasrat untuk melihat Adele mengenakan koleksinya, namun saiz jenama berkenaan direka sehinga XL sahaja.

Victoria juga tidak mahu membuat Adele berasa malu jika pakaian yang dihantar tidak muat.

"Victoria adalah peminat setia Adele selama ini dan sentiasa berhasrat melihat Adele mengenakan pakaian dari koleksi jenamanya.

"Sekarang, Adele telah turun berat badan dan kelihatan lebih langsing dan boleh mengenakan helaian Victoria Beckham.

"Melihat Adele menggayakan jenamanya umpama mimpi menjadi kenyataan," kata sumber.

Difahamkan, Victoria telah mengalami kerugian dalam perniagaannya tahun lalu.

Usaha menghadiahkan pakaian kepada Adele dilihat sebagai salah satu strategi pemasaran terbarunya.

Sumber : The Sun