Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adi Putra Ke Tanah Suci Bersama Bekas Isteri Pertama, Anak

Syafiqah Jalal
04/05/2017 04:58 MYT
Aktor Adi Putra dilihat telah berangkat ke tanah suci bersama bekas isteri pertamanya dan juga anak angkat mereka untuk menunaikan Umrah.

Menerusi laman Instagram bekas isterinya, Aida Yusof telah memuat naik foto dan video dia bersama Adi serta anak mereka yang sedang berada di dalam pesawat dan lapangan terbang.

Aida memberitahu mereka ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama keluarga.

"Adelia wit walid and ibu juga mama and kakak zahra @adpadiputra @_nani40_
#zaraadelia #adpzaraadelia #anakistimewaanugerahallah #familyumrah02052017"

Wefie time ? @adpadiputra #familyumrah02052017

A post shared by Aida Yusof (@aidayusof15) on


Pengikut dan peminat laman sosial Aida dan Adi rata-rata tumpang gembira melihat perkembangan hubungan mereka selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

? #familyumrah02052017

A post shared by Aida Yusof (@aidayusof15) on

Ada juga yang membuat tekaan sendiri bahawa pasangan itu telah rujuk semula sebelum berangkat ke Mekah.

Terdahulu Adi dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.
#pelakon #cerai #Adi Putra #Umrah #Pelakon #Bekas Isteri Adi Putra
;