gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Lelaki Atau Perempuan Lebih Complicated? Ramai Setuju Jawapannya Adalah…
HIBURAN
Tiada Gosip Liar, Azza Elite Mengaku Tak Pernah Ada Hubungan Dengan Mana-Mana Selebriti - “Sila Percaya, Semua Ini Benar Belaka”
HIBURAN
Usia Bukan Halangan! Farahdhiya Yakin Jodoh Akan Tiba Pada Tepat Waktu - “Masih Lagi Ada Harapan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Adik Ipar Pak Azad Rupanya…Suara Macam Anuar Zain Lah…Fuh!” - Ramai Suka Lagu Sang Purnama Syazwan Shuhaimi

gempak
Fiza Kamarudin
16/08/2021
10:28 MYT
Sponsor Banner
“Adik Ipar Pak Azad Rupanya…Suara Macam Anuar Zain Lah…Fuh!” - Ramai Suka Lagu Sang Purnama Syazwan Shuhaimi
Selepas single terbaru ‘Sang Purnama’ dilancarkan, nama Syazwan Shuhaimi menjadi sebutan di laman sosial Youtube gara-gara suaranya yang dikatakan mirip penyanyi popular Anuar Zain.
Mereka turut memuji lagu ciptaan komposer Shazee Ishak bersama Audi Mok yang bergenre pop dansa dengan sedikit elemen jazz dan RNB itu, lain dari yang lain.
“Suara macam Anuar Zain wehhhh! Adik ipar Pak Azad rupanya.”
“Wow! Boleh tahan lagu ni catchy! Sedap…Tahniah Syazwan!”
“Bila nak berduet dengan abang ipar awak, Pak Azad tu?”, antara komen pendengar di laman sosial.
Sementara itu Syazwan mengakui pendorong terbesar dirinya dalam meneruskan perjuangan dalam bidang muzik datang daripada dorongan abang iparnya sendiri, Azad Jasmin.
“Pak Azad adalah orang yang selalu bagi dorongan, selalu percaya dengan bakat saya. Pendorong terbesar sudah tentulah kakak saya, Eira Syazira.
“Tapi kalau bukan Pak Azad yang push saya mungkin single ini tidak akan dizahirkan, beliau merupakan biggest fan dan worst critic saya.
“Impian saya menjadi kenyataan apabila pengurus yang juga merupakan abang ipar, Pak Azad menyapa big boss Rocketfuel, En. Feros di sebuah majlis menyatakan hasrat kami untuk menerbitkan sebuah single, lalu pelawaan itu diterima dengan baik,” katanya.
Ditanya mengenai single terbaharunya, Syazwan berkata walaupun lebih menyukai lagu bergenre balada, namun Sang Purnama adalah cabaran buat dirinya.
“Syukur sedalam-dalamnya kerana segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil dengan terbitnya Sang Purnama.
“Ini merupakan rezeki yang sangat besar kerana sudah lama saya menantikan peluang sebegini.
“Lagu ini adalah sebuah ciptaan bergenre pop dansa dengan sedikit elemen jazz dan RNB, saya sengaja lari dari kebiasaan untuk mencabar diri sejauh mana kemampuan saya dalam bidang muzik.
“Melodinya catchy dan easy going kerana saya mahukan sesuatu yang mudah diterima ramai. Selain itu, saya juga turut mencabar diri dengan mempelajari rutin tarian selama setahun bersama koreografer, Faruq Suhaimi, agar selari dengan konsep muzik yang saya bawakan,” tambahnya.
Syazwan juga berharap semoga Sang Purnama menjadi titik permulaan buat kerjaya nyanyiannya.
Lagu ‘Sang Purnama’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network.
Topic Berkaitan
#Eira Syazira
#Pak Azad
#Sang Purnama
#Syazwan Shuhaimi
Must-Watch Video